Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga Terawih.
Perkara ini dikongsikannya menerusi Insta Story apabila memaklumkan bahawa sudah memasuki hari kedua berada di Malaysia.
Dia yang mengenakan pakaian berwarna hitam serta berniqab serta bergambar di hadapan Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Bekas pelakon filem dewasa sambut Ramadan di Malaysia
Difahamkan, Kae Asakura yang kali pertama menyambut Ramadan dilihat teruja apabila melaksanakan ibadah tersebut di Malaysia dan sempat berkongsi momen sewaktu menikmati juadah berbuka serta moreh di negara ini.
Bekas pelakon filem dewasa puji kecantikan Masjid Sri Sendayan
Dalam pada itu, bekas pelakon filem dewasa berkenaan juga menyatakan selesai menunaikan ibadah solat serta sunat Terawih di masjid tersebut dan sempat memuji kecantikan binaannya.
“Asar, maghrib, isyak, terawih dan witir. Selesai di masjid yang cukup cantik ini,” tulisnya.

Kini bergelar mualaf
Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun itu telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik hantaran dirinya dengan menutup aurat serta berhijab di Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/DGsjdvxh51F/?hl=en
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana kali pertama dapat menjalani ibadah puasa dan berharap bulan Ramadan ini akan memberi ketenangan serta petunjuk kepada kita semua.
Sumber: Instagram raelilblack
The post Kini Bergelar Mualaf, Bekas Pelakon Filem Dewasa Tunai Terawih Di Masjid Sri Sendayan appeared first on Borak Daily.


