Kini Berlangsung, Karnival Taste Of Borneo 2023 Di Stadium Tertutup Miri Tawar Pelbagai Makanan Unik

21 Oct 2023 • 1:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berlangsung dari 20 Oktober hingga 29 Oktober 2023.

Kini Berlangsung, Karnival Taste Of Borneo 2023 Di Stadium Tertutup Miri Tawar Pelbagai Makanan Unik. Baru sahaja berlangsung pada malam Jumaat, Karnival Taste of Borneo kali ini menampilkan pelbagai gerai makanan dan gerai yang mempamerkan keunikan budaya dari 20 suku eknik yang menyertai acara meriah ini.

Karnival makanan Taste of Borneo ini diadakan selama 10 hari bermula 20 hingga 29 Oktober dan dianjurkan oleh Persatuan Cina Sarawak bersama dengan 19 persatuan suku etnik Sarawak.

image is not available
Kini Berlangsung, Karnival Taste Of Borneo 2023 Di Stadium Tertutup Miri Tawar Pelbagai Makanan Unik. Kredit gambar: FB Wooden Tiger – The Pie House

image is not available
Kredit gambar: Taste of Borneo Carnival

image is not available
Kredit gambar: FB Renna Syd

Terdapat 150 gerai

Menawarkan sebanyak 150 gerai yang terdiri daripada makanan tempatan, tradisional serta antarabangsa, di sini juga turut ada pelbagai barangan kraftangan dan produk komersial.

Terdapat juga aktiviti menarik yang diadakan di sini seperti Pertandingan Karaoke, Zumba, Peragaan Tradisional, Malam Gabungan Seni Budaya dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: FB I am Sangon

image is not available
Kredit gambar: FB Renna Syd

Bakal menjadi acara tahunan

Selain itu, karnival menarik ini juga dikatakan bakal menjadi acara tahunan yang bakal diletakkan dalam kalendar acara tahunan bandar raya Miri.

Buat anda di luar sana yang berada di Miri, anda perlu kunjungi Karnival Taste of Borneo ini untuk merasai susana acara di Sarawak yang memang menarik ini.

Tunggu apa lagi, bawa keluarga, rakan serta orang tersayang untuk mengunjungi Karnival menarik di Miri ini!

Lagi event menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/dana-kandungan-digital-industri-muzik-sarawak-2023/

https://www.iloveborneo.my/konsert-bulan-disember-ini-nidji-dan-dadali-bakal-gegar-pentas-di-kampung-budaya-sarawak/