Perak Agrofest 2023 catat jualan RM1.5 juta produk pertanian, makanan

2 Oct 2023 • 12:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perak Agrofest 2023 catat jualan RM1.5 juta produk pertanian, makanan

zakisalleh

02/10/2023 - 12:29

IPOH 2 Okt - Perak Agrofest 2023 yang berlangsung selama tiga hari di Ladang Infoternak Sungai Siput telah mencatat jualan sebanyak RM1.5 juta pelbagai hasil pertanian dan makanan.

Ia melibatkan penyertaan seramai 150 usahawan pelbagai sektor seperti makanan, input pertanian dan usahawan agro tani terlibat dalam penganjuran kali ini

Perak Agrofest 2023 juga menarik lebih 100,000 pengunjung iaitu melebihi jangkaan asal 60,000 orang.

Dengan tema Lestari Agro Perak Makmur, Perak Agrofest 2023 merupakan kesinambungan kerajaan negeri dalam memperkasa aspek Sekuriti Makanan.

image is not available

image is not available
Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan pengguna termasuk ikan.

Perak Agrofest adalah penjenamaan semula Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPN)

Melalui program ini, satu platform strategik diwujudkan kepada peladang, penternak dan nelayan untuk mendapatkan maklumat serta pendedahan terkini dalam bidang tersebut..

Kali terakhir penganjuran HPPN diadakan adalah pada tahun 2013.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah merasmikan majlis penutup Perak Agrofest 2023 di Ladang Infoternak Sungai Siput.

image is not available

image is not available
Produk makanan antara yang menarik perhatian pengunjung pada Perak Agrofest 2023.

Beliau turut melancarkan produk terbaharu usahawan makanan Perak iaitu apam balik wagyu dari Apam Balik Kuhoot, roti canai dan popia sayur sejuk beku (Iddas Frozen) dan daging masak hitam dan daging salai masak lemak (Sudip Kuali Ent).- DagangNews.com

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved