Kini Di Kuching, Ramai Muat Naik Gambar Terserempak Dengan KJ

17 Feb 2023 • 12:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

KJ kini berada di Kuching, Sarawak.

Kini Di Kuching, Ramai Muat Naik Gambar Terserempak Dengan KJ. Dah macam selebriti pula, media sosial kini dibanjiri dengan gambar-gambar netizen yang terserempak dengan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Bandaraya Kuching baru-baru ini.

Gambar-gambar yang diambil tersebut kemudianya mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen.

image is not available
Kini Di Kuching, Ramai Muat Naik Gambar Terserempak Dengan KJ. Kredit foto: FB Ummu Umara

image is not available
Kredit foto: FB Mom’s Laksa Satok

KJ jalan-jalan menjelajah Kuching

Baru semalam jadi DJ Hot FM, hari ini dah jalan-jalan menjelajah Bandaraya Kuching pula? Antara tempat di mana netizen terserempak dengan KJ termasuklah di, Jambatan Darul Hana, Waterfront dan juga kedai-kedai makan.

Perkara ini sehingga sampai ke TikTok di mana tular sebuah video seorang pengguna ini terjumpa dan sempat fist bump KJ yang sedang bersenam di Waterfront.

image is not available
Kredit foto: FB Berneddict Chiu

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @mohddin_26

KJ Kelihatan santai bersenam di Waterfront

Video tersebut telah mendapat lebih dari 300K tontonan di TikTok dan ramai yang komen mengatakan KJ kelihatan santai sahaja di Kuching.

Apapun kami di Sarawak menyambut mesra kedatangan KJ di Kuching. Jangan lupa tapau kek Butter Cheese Mita dan kek lapis kalau balik Semenanjung nanti ye KJ!

Lagi cerita menarik buat anda di sini: