Mesej Dengan Skandal Didakwa Tular, Hafidz Roshdi ‘Tenang’ Baca Komen Netizen

Entertainment
17 Feb 2023 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini sedang kecoh diperkatakan netizen berkenaan isu melibatkan seorang pelakon lelaki popular, Hafidz Roshdi yang didakwa curang terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi satu perkongsian viral di Instagram, netizen mendedahkan perbualan mesej yang didakwa Hafidz Roshdi dengan ‘skandalnya’.

Mesej tersebut juga memaparkan Hafidz siap memanggil sayang kepada wanita berkenaan dan meminta gambar untuk melepaskan rasa rindu.

image is not available

Buat live di TikTok tapi tak beri respon isu curang

Meskipun diasak dengan pelbagai persoalan serta kecaman daripada netizen, Hafidz ternyata nampak tenang apabila dia sempat memuat naik posting di Instagram yang seakan memerli orang ramai yang sedang memperkatakan dirinya.

Tak cukup dengan itu, malam semalam, Hafidz juga membuat live di TikTok tapi memilih untuk tidak bercakap sepatah pun tentang hal tersebut dan hanya menunjukkan dirinya sedang berjalan kaki dipercayai pulang ke rumah.

Siaran langsung pelakon Tundukkan Playboy Itu juga telah mendapat lebih 12,000 penonton yang mana rata-rata tak puas hati dengan Hafidz dan menuduhnya dengan pelbagai dakwaan.

@hannana70

Kita kena prank ke ni geng? papepun doakan yang baik2 je lah okey. #hafidzroshdi #curangsatupilihan #setia #hatihati

♬ original sound – Hanna Dahlia – Hanna Dahlia

Kami mahu jawapan.

“Abang curang ke tak?

“Santai betul abang ni.

“Marketing hebat,” komen netizen.

Terdahulu, Hafidz yang pernah diterjah Melodi menyangkal dakwaan yang dia curang terhadap isterinya dan menjelaskan dia tidak berkongsi gambar isterinya di media sosial kerana ia untuk tatapan peribadi.

Untuk rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Humairah, 6 dan Umar, 2.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.