Pelakon Enot tampil membalas komen seorang netizen yang mempersoalkan penampilannya selepas dilihat tidak lagi mengenakan hijab.
Menerusi ruangan komen di Instagram, individu berkenaan mendakwa perubahan penampilan Enot mungkin berkait dengan keadaan fizikalnya yang semakin kurus.
“Dah kurus depression terbang tudung. Nauzubillah kak.”
Tidak berdiam diri, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian terhadap kehidupan peribadinya.
Menurut pelakon filem Cinta Luar Biasa itu, setiap individu mempunyai ujian dan dugaan yang berbeza, justeru tiada siapa mengetahui apa yang sedang dilalui oleh orang lain.
View this post on Instagram
“Setiap orang ada dugaan masing-masing. Ini dugaan saya, dugaan awak belum tahu lagi macam mana.
Doa yang baik-baik, doa yang baik akan berbalik kepada awak, okay.”
Enot turut berharap orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dirinya berbanding membuat andaian atau menghakimi berdasarkan penampilannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Excited Sangat Sampai Terlupa Privasi” – Individu Dikecam Kongsi Data Peribadi Sultan Pahang
The post Kini ‘Free Hair’ Berambut Merah, Penampilan Terkini Pelakon Dan Pelawak Jadi Tumpuan – “Ini Dugaan Saya, Dugaan Awak Belum Tahu Lagi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






