Sudah kurus, tudung pula terbang, Enot mohon doa

Entertainment
7 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sudah kurus, tudung pula terbang, Enot mohon doa

PETALING JAYA: Pelakon, Enot tampil menjadi sorotan ramai selepas menayang imej terbaharunya yang tidak lagi bertudung.

Sedar penampilannya mengundang kritikan, Enot bagaimanapun menganggap perubahan yang berlaku terhadap dirinya adalah sebahagian daripada ujian, selain memohon orang ramai mendoakannya.

“Setiap orang ada dugaan masing-masing. Ini dugaan saya. Dugaan awak belum tahu lagi bagaimana.

“Doa yang baik-baik. Doa yang baik-baik akan berbalik kepada awak,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram.

Enot berkata demikian ketika membalas komen seorang individu yang mendakwa pelakon itu kembali tidak berhijab selepas perubahan fizikalnya yang semakin kurus.

“Sudah kurus, kemurungan. Tudung pun terbang,” komen individu itu.

Terdahulu, Enot menerusi sebuah hantaran video di Instagram mengejutkan ramai pihak apabila berpenampilan tidak bertudung dan menayang rambutnya yang berwarna merah jambu ketika berada di sebuah gim.

Sebelum ini, Enot atau Aliza Abdullah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung sepenuhnya pada 2012 selepas dikatakan mendapat hidayah secara tiba-tiba.

The post Sudah kurus, tudung pula terbang, Enot mohon doa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved