Kini ‘Happy’ Bercinta, Netizen Berang Kim Seri Terlalu Tenang Walaupun Hutang Keliling Pinggang – “Langsung Tak Ada Rasa Bersalah”

LocalEntertainment
23 Mar 2025 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pempengaruh serta usahawan, Kim Seri, baru-baru ini, memaklumkan dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki berasal dari negara Korea.

Bahkan, pempengaruh itu juga bersikap terbuka mengenai hubungan mesra bersama teman lelakinya di media sosial.

Terlalu tenang untuk seseorang yang ada hutang ‘keliling pinggang’

Hal itu telah mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen, di mana mereka merasakan Kim Seri terlalu tenang dan gembira untuk seseorang yang masih belum melangsaikan hutang jutaan ringgit kepada si mangsa.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok, terpapar keratan video Kim Seri bernyanyi sambil meletak kapsyen seakan-akan memberi bayangan bahawa sedang di fasa ‘gembira’ kerana bersama dengan teman lelakinya.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa berang dan mendakwa influencer berkenaan langsung tidak mempunyai rasa bersalah kerana boleh memuat naik video seperti itu sedangkan hutang masih belum dibayar.

image is not available

Kim Seri pertahankan diri

Tampil bersuara mengenai hal tersebut, Kim Seri menegaskan tidak semestinya jika seseorang itu mempunyai banyak masalah mereka tidak boleh menikmati kehidupan di dunia dan berkata dia bersama teman lelakinya sedang berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

Ramai je yang bercinta lebih bersemangat untuk memperbaiki kehidupan. Saya banyak hutang dan kami berdua berusaha untuk selesaikan masalah bersama.

image is not available

image is not available 2 months ago

Kim Seri Gagal Kotakan Janji, Minta Diberi Sedikit Masa Untuk Langsaikan Hutang - "Kepada Semua Yang Menanti 1 Februari.."