Netizen Berang Tengok Kim Seri Seronok Bercinta Walaupun Hutang Masih Belum Selesai

EntertainmentLifestyle
23 Mar 2025 • 2:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kim seri

Pempengaruh dan usahawan, Kim Seri, baru-baru ini mengesahkan dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki berasal dari Korea. Dia juga terbuka berkongsi hubungan mesranya di media sosial.

Namun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah bagaimana Kim Seri kelihatan terlalu tenang dan bahagia meskipun masih terpalit dengan isu hutang jutaan ringgit.

“Boleh pula nyanyi & seronok, hutang tak selesai lagi”- Netizen.

image is not available

Dalam satu hantaran di TikTok, seorang individu memuat naik video Kim Seri sedang menyanyi dengan kapsyen yang seolah-olah menggambarkan dirinya kini lebih bahagia selepas bercinta.

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang kerana beranggapan influencer itu tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah terhadap pihak yang masih menuntut bayaran hutang daripadanya.

Kim Seri buka mulut – “Kami berdua tengah usaha selesaikan”

image is not available

Selepas dikecam hebat, Kim Seri akhirnya tampil memberi penjelasan. Menurutnya, tidak semestinya seseorang yang mempunyai masalah perlu kelihatan tertekan setiap masa.

Ramai je yang bercinta lebih bersemangat untuk memperbaiki kehidupan. Saya banyak hutang dan kami berdua berusaha untuk selesaikan masalah bersama.

image is not available

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kim Seri


The post

appeared first on

.