Kini Sudah Ada Pusat Kitar Semula Dan Beli Balik Yang Canggih Di Pusat Beli-Belah

Design
27 Jul 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ia adalah kaedah alternatif pembuangan sampah secara pukal dan ia dapat mencegah pembaziran bahan yang berkemungkinan boleh dipakai semula. - Gambar hiasan Unsplash

Sejak dibangku sekolah lagi kita ajar untuk mengamal pembuangan sisa sampah sarap mengikut proses kitar semula yang dapat membantu memelihara ekosistem di kawasan persekitaran. 

Tambahan pula, proses ini juga merupakan kaedah alternatif pembuangan sampah secara pukal dan ia dapat mencegah pembaziran bahan yang berkemungkinan boleh dipakai semula. Tidak kira tua atau muda, perkara ini boleh diamalkan dan dilaksanakan di mana-mana sahaja.

image is not available
Gambar ihsan PR Newswire

Dengan kemajuan yang sedia ada, IPC Shopping Centre telah memperkenalkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) miliknya yang telah diubah suai dan dinaiktaraf sejak 21 Julai yang lalu. 

Pelbagai penambahbaikan dan ciri-ciri baharu dipertingkatkan bagi meningkatkan lagi kemudahan untuk  pengguna untuk mengitar semula bahan sisa dengan pengalaman yang serba canggih.

Pusat tersebut  menampilkan estetika reka bentuk Scandinavia yang ceria bertenaga dan dilengkapi dengan tempat pelupusan pelbagai kategori bahan sisa yang berbeza. 

Lebih menarik, ia turut  menggunakan  warna pelangi untuk pecahan setiap kategori dalam bentuk digital yang ringkas serta mesra pengguna.

Secara tidak langsung, ia telah  menjadi tarikan kepada pengunjung yang hadir ke IPC Shopping Centre untuk membeli-belah sambil mengamalkan sistem pembuangan bahan sisa kitar semula.

image is not available
Gambar hiasan Unsplash

Pada asalnya, lokasi ini bermula dengan enam kategori kitar semula iaitu kadbod, surat khabar, kertas, plastik, besi, dan aluminium. Kini, pelaksanaan versi digital  telah dinaiktaraf dan pelbagai lagi jenis bahan sisa kitar semula disenaraikan  seperti karton minuman, polisterin, dan tekstil.

Selain itu, perkhidmatan ini juga turut  menerima sisa yang tidak termasuk dalam kategori bahan yang boleh dikitar semula seperti tiub dan mentol lampu, ubat-ubatan, kaca, bateri, sisa elektronik dan sisa makanan.

Ini  adalah salah  usaha yang dilakukan untuk mengurangkan lambakan sisa di tapak pelupusan sampah. Manakala sisa yang berbahaya seperti kaca, bateri dan elektronik akan dikendalikan secara profesional serta dilupuskan dengan selamat .

image is not available
Gambar hiasan pexels

Pengalaman digital baharu ini juga berupaya meningkatkan lagi ketepatan pengumpulan data sisa kitar semula untuk  meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi.

Bahkan, pelanggan yang memanfaatkan perkhidmatan ini akan diberikan mata ganjaran yang berkait dengan keahlian IPC Tack Club melalui aplikasi mudah alih.Anda boleh membuat tuntutan dalam bentuk e-baucar membeli-belah, parkir percuma, dan banyak lagi.

image is not available
Gambar hiasan Unsplash

Tidak hanya setakat itu, perkhidmatan ini juga menampilkan sistem skrin sentuh yang mudah dicapai dan digunakan termasuk kanak-kanak. Ini turut menjadikan ia suatu platform yang sesuai digunakan untuk mendidik, memupuk, dan menyemai tabiat hijau di kalangan kanak-kanak sejak usia berkenaan tentang pemahaman mereka terhadap apa itu kitar semula.

image is not available
Gambar hiasan Unsplash

Pada waktu yang sama, IPC turut bekerjasama dengan pelbagai rakan kitar semula yang lain bagi memproses dan mengguna semula bahan sisa yang dikumpulkan menerusi RBBC. 

Maka kitaran bahan pembuangan tersebut akan menjadi lebih efektif dan tiada masalah andai sisa tersebut di buang di merata tempat. Oleh itu tiada lagi alasan untuk anda yang berkunjung ke IPC Shopping Center untuk mengamalkan proses kitar semula. - Getaran, 27 Julai 2022