15 calon Bersama hilang deposit, lima Bersatu, dua PH

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 12:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 15 calon Bersama hilang deposit, lima Bersatu, dua PH

MELAKA: Seramai 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) hilang wang deposit selepas gagal memperoleh undi minimum dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Turut menerima nasib sama ialah lima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dua calon Pakatan Harapan (PH).

Bersama hilang deposit di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.

Bersatu pula di Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban manakala PH di Serkam dan Ayer Limau.

PRN Melaka Ke-16 menutup tirai dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang di 24 daripada 28 kerusi DUN.

PH pula mempertahankan empat kerusi bandar ditandingi DAP iaitu Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang dan Kota Laksamana.

PH kehilangan Bukit Katil yang menyaksikan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif.

Berikut merupakan 24 kerusi dimenangi BN dan PN:

  1. Kuala Linggi
  2. Tanjung Bidara
  3. Ayer Limau
  4. Lendu
  5. Taboh Naning
  6. Rembia
  7. Gadek
  8. Machap Jaya
  9. Durian Tunggal
  10. Asahan
  11. Sungai Udang
  12. Pantai Kundor
  13. Paya Rumput (PN)
  14. Kelebang
  15. Pengkalan Batu
  16. Bukit Katil (PN)
  17. Ayer Molek
  18. Duyong
  19. Telok Mas
  20. Bemban (PN)
  21. Rim
  22. Serkam
  23. Merlimau
  24. Sungai Rambai

– UTUSAN

The post 15 calon Bersama hilang deposit, lima Bersatu, dua PH appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved