[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon muda PH di Klebang, Kuala Linggi ketinggalan

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 8:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon muda PH di Klebang, Kuala Linggi ketinggalan
Calon PH, Mukhlis dan Farzana.

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan dua calon muda Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Farzana Hayani Mohd Nasir di Klebang ketinggalan dalam persaingan merebut kerusi masing-masing.

Di Kuala Linggi, Mukhlis memperoleh 2,722 undi dan berada di kedudukan kedua di belakang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Abdullah yang memperoleh 7,379 undi manakala calon Bersama, Dr Nur Farhana Hamzah pula mendapat 425 undi.

Sementara itu, di Klebang, calon BN, Datuk Lim Ban Hong yang juga Pengerusi MCA Melaka mendahului tiga pencabar lain.

Beliau peroleh 9,755 undi diikuti calon PH, Farzana Hayani dengan 4,421 undi, manakala calon Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memperoleh 740 undi dan calon Bersama, Young Jie Yu dengan 617 undi.

Pada PRN lalu, Lim Ban Hong yang juga penyandang kerusi berkenaan menang dengan majoriti 876 undi.

Bagaimanapun, setakat jam 8.20 malam, selepas 41 daripada 51 saluran selesai dikira, beliau mencatat majoriti sementara sebanyak 5,792 undi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved