[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Majoriti BN di DUN Serkam melonjak 12,689 berbanding 79 undi pada PRN lalu

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Majoriti BN di DUN Serkam melonjak 12,689 berbanding 79 undi pada PRN lalu
Calon BN, Datuk Azman Abdullah memperoleh 14,632 undi. Foto Awani

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 apabila memperoleh majoriti sebanyak 12,689 undi berbanding hanya 79 undi pada PRN 2021.

Calon BN, Datuk Azman Abdullah memperoleh 14,632 undi berdasarkan keputusan yang dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dengan keputusan itu, BN bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi berkenaan, malah mencatat peningkatan majoriti yang ketara berbanding pilihan raya negeri sebelum ini.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 1,943 undi, manakala calon Bersama hanya mendapat 425 undi.

Kedua-dua calon tersebut hilang deposit.

DUN Serkam mempunyai seramai 21,352 pemilih berdaftar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved