PRN Melaka: BN, PN menang 24 daripada 28 kerusi DUN

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 9:43 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

PRN Melaka: BN, PN menang  24 daripada 28 kerusi DUN

MELAKA: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan mencalonkan Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka baharu selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 malam tadi.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata watikah pelantikan Ab Rauf, yang juga penyandang Ketua Menteri akan diutuskan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Ahmad Zahid memaklumkan perkara berkenaan selepas mengumumkan kemenangan majoriti dua pertiga yang diraih gabungan itu pada PRN Melaka, di Melaka International Trade Centre (MITC) di Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Mengikut keputusan tidak rasmi setakat 9.20 malam, gabungan BN dan PN menang di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Baki empat kerusi lagi dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Keputusan tidak rasmi menyaksikan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.

BN-PN juga secara tidak rasmi memenangi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan  Ayer Molek. Empat kerusi PH ialah Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved