SHAH ALAM - DAP mendahului di tiga kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di Laman Web DAP bagi calon- calon parti itu setakat jam 6.
Tiga kerusi tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambau, Bahau dan Bukit Kepayang.
Calon Mambau, Lee Kai Yet mendahului dengan 64 peratus daripada 117 jumlah kertas yang dikeluarkan mengatasi calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Eric Michael dengan jumlah undian sebanyak 35 peratus manakala calon Bersatu iaitu Sarawanan Nagayah memperolehi 2 undian.
Sementara itu DUN Bahau, calon Teo Kok Seong mendapat 78 peratus daripada 67 jumlah kertas yang dikeluarkan menewaskan calon BN iaitu Chong Fui Ming dengan peratusan sebanyak 15 peratus.
DUN Bukit Kepayang pula Nicole Tan Lee Koon dari DAP mendapat 63 peratus daripada 537 jumlah kertas yang dikeluarkan manakala calon PN iaitu Lee Boon Shian.
Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada hari ini.
Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.
Proses pengundian bermula serentak pada pukul 8 pagi membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri.
Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: BN-PN menang 25 DUN](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602380.webp)



