Kisah Di Sebalik Parut Di Dada Azizulhasni Awang Jadi Sorotan Pengguna Media Sosial

12 Aug 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ramai dalam kalangan peminat sukan masih berduka dengan berita penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seawal pusingan pertama dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Namun, di sebalik penyingkirannya itu, semangat dan ucapan semangat masih lagi dilontarkan kepada beliau, khususnya pengguna media sosial.

Parut di dada

Apa yang menarik perhatian, parut pada dada atlet kebanggaan negara itu turut menjadi sorotan.

Menerusi perkongsian oleh akaun Public Health Malaysia di platform X, parut yang ada pada dada Azizulhasni merupakan parut bekas pembedahan bagi masalah jantung yang jarang ditemui, iaitu Anomalous Aortic Origin of a Coronary Artery (AAOCA).

image is not available

Terdahulu, Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis selepas beliau dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.

Hal ini sekali gus menyaksikan perlumbaan berkenaan terpaksa dimulakan semula dan penyertaan Azizulhasni dalam pusingan itu dibatalkan.

Sumber: Platform X

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved