Kisah Pengorbanan Pelajar Raih 11A SPM Sambil Jaga Ibu Hidap Kanser Tahap 4, Buat Ramai Sebak

Entertainment
9 Jun 2023 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ditimpa dugaan ibu menghidap penyakit kanser tahap empat bukanlah penghalang bagi seorang pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini mendapat keputusan straight A’s.

Menerusi perkongsian sebuah akaun TikTok, pelajar cemerlang bernama Mohd Syahril dari SMU (A) Darul Iman Beris Lalang, Bachok, Kelantan telah mendapat kejutan daripada guru sekolahnya yang datang ke rumah bagi meraikan pelajar berkenaan yang mendapat 11A dalam SPM.

image is not available

Tak dapat ambil keputusan SPM sebab jaga ibu sakit

Pelajar berkenaan difahamkan tidak dapat mengambil keputusan SPM bersama rakan-rakan di sekolah kerana menjaga ibu yang sedang sakit dan kedatangan para guru ke rumahnya telah mengundang sebak pelajar serta ahli keluarganya yang ada bersama di rumah.

Menurut pemilik akaun TikTok terbabit, ayah pelajar berkenaan juga sudah meninggal dunia dan dia merupakan anak yang baik.

@noorhabibimamat

Pelajar cemerlang SM(U) Darul Iman Beris Lalang..mendapat straight A’s dlm keputusan peperiksaan SPM pada hari ini..tidak bersama kawan2 menerima keputusan peperiksaan kerana menjaga ibu yg sakit..kanser tahap 4..ayah sudah meninggal dunia..anak yg cukup baik..menurut guru nya sblm ke sekolah beliau akan memandikan ibu nya terlebih dahulu..saban pagi..dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau..Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti.. #sekadarperkongsianbersama #spm2022

♬ original sound – Noorhabibimamat – Noorhabibimamat

Menurut gurunya, sebelum ke sekolah beliau akan memandikan ibunya terlebih dahulu saban pagi.

“Dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau. Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti,” tulisnya.

“Anak yang hebat!”

Video berkenaan telah mengundang rasa sebak di hati netizen yang mana rata-rata kagum dengan kesungguhan pelajar tersebut menjaga ibunya yang sakit dan pada masa yang sama mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

image is not available

Marilah kita doakan semoga urusan pelajar ini untuk melanjutkan pelajaran dipermudahkan. Aamin. Tahniah dik!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.