Kisah Pernah Tular, Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

24 Oct 2025 • 2:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kisah Pernah Tular, Isteri Peniaga Air Balang Meninggal Dunia

Isteri kepada peniaga air balang, Ahyauddin, yang pernah tular sebelum ini telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anaknya kepada stesen radio ERA menerusi WhatsApp pada jam 11 pagi.

“Anak kepada Pakcik Ahyauddin memaklumkan kepada #PetangERA bahawa ibunya, Roslina binti Yusof, telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah,” kongsi ERA di Facebook.

https://www.facebook.com/era.je/posts/pfbid02CqP8ziSDWpE2qs4y6unwgiY4pCHie5sddJFHpEAA27UWstQgNG7Y4DQFyAuvDsUPl

Imbas kembali, Ahyauddin mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana kegigihan dan kesetiannya menjaga isteri yang sakit akibat strok.

Dia sangat cekal menggendong isterinya dari tingkat 4 kediamannya setiap Sabtu untuk dibawa ke Pasar Malam Lembah pantai.

Allahyarhamah Roslina akan duduk menemani Ahyauddin berniaga air balang di pasar malam terbabit sehingga jualan habis.

Dalam pada itu, kisah mereka juga telah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang segera memberi bantuan kepada anak pasangan terbabit.

Anak mereka, Siti Nuralia, 21, sebelum ini terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran demi menjaga ibu serta membantu ayahnya berniaga.

Dia telah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang Konfeksioneri dan Bakeri di GiatMARA Klang, berhampiran kediaman mereka di Meru, Kapar.

“Saya nak sangat belajar tapi siapa nak jaga mak yang sakit dan bantu ayah berniaga?” luah Nuralia dengan nada sebak semasa diziarahi MARA.

MARA juga membantu Nuralia untuk menjadi usahawan bakeri dengan menyediakan geran perniagaan bernilai RM6,000 berupa mesin dan peralatan membuat roti dan kek di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah.