Kisah Rakyat Malaysia Selamatkan Space X Dari Muflis, Elon Musk Respon – “Ianya Benar!”

LocalSpace
22 Jun 2026 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Siapa sangka, Malaysia pernah memainkan peranan penting dalam sejarah awal SpaceX ketika syarikat aeroangkasa milik Elon Musk itu berada pada fasa paling mencabar.

Kisah tersebut kembali tular di platform X selepas seorang pengguna, @Zac_labs, berkongsi mengenai hubungan Malaysia dan SpaceX melalui pelancaran satelit RazakSAT.

Advertisement

Lebih menarik perhatian, Elon Musk sendiri dilihat meninggalkan komen ringkas, “True”, pada perkongsian berkenaan.

elon musk

Mengimbas kembali, SpaceX pernah berdepan tiga kegagalan berturut-turut menerusi roket Falcon 1 antara tahun 2006 hingga 2008 sebelum akhirnya berjaya memasuki orbit pada pelancaran keempat.

Namun, kejayaan itu masih belum cukup untuk menjamin kelangsungan syarikat berkenaan yang ketika itu masih memerlukan pelanggan komersial berbayar.

Di sinilah Malaysia muncul sebagai antara pihak terawal yang memberi kepercayaan kepada SpaceX melalui misi pelancaran satelit RazakSAT.

elon musk

Pada 14 Julai 2009, roket Falcon 1 berjaya dilancarkan dari Pulau Omelek, Atol Kwajalein dengan membawa RazakSAT ke orbit.

Misi ini menjadi sejarah kerana RazakSAT ialah muatan komersial berbayar pertama SpaceX, malah bayaran daripada projek itu dikatakan membantu syarikat membayar gaji pekerja ketika berada dalam fasa kritikal.

Misi berkenaan bukan sahaja menjadi sejarah dalam program angkasa negara, malah turut membuktikan kemampuan SpaceX dalam membawa muatan komersial sebenar ke orbit.

Lebih membanggakan, Jalur Gemilang turut dipaparkan pada badan roket Falcon 1 sebagai tanda kerjasama antara Malaysia dan SpaceX ketika itu.

elon musk

Perkongsian tular tersebut turut membuatkan ramai rakyat Malaysia teruja apabila mengetahui negara ini pernah menjadi sebahagian daripada kisah awal kebangkitan SpaceX sebelum syarikat itu menjadi gergasi aeroangkasa dunia seperti hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

space dollah2026-06-22 11:03:55

"Saya Fikir Saya Akan Mati, Terus Mengucap Waktu Itu" - Abang Syed Saddiq Kongsi Momen Hampir Lemas Di Bali

The post Kisah Rakyat Malaysia Selamatkan Space X Dari Muflis, Elon Musk Respon – “Ianya Benar!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved