SpaceX Kini Mengatasi Amazon Sebagai Syarikat Kelima Paling Bernilai Di Dunia

Business & FinanceSpace
16 Jun 2026 • 10:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SpaceX Kini Mengatasi Amazon Sebagai Syarikat Kelima Paling Bernilai Di Dunia

SpaceX milik Elon Musk telah pun disenaraikan untuk dagangan awam sejak penghujung minggu lalu dan sahamnya dilihat terus didagangkan pada nilai tinggi, sekaligus membawa kepada peningkatan nilai keseluruhan syarikat SpaceX.

Image from: SpaceX Kini Mengatasi Amazon Sebagai Syarikat Kelima Paling Bernilai Di Dunia

Hari ini, melalui peningkatan harga saham syarikat SpaceX, ia melonjak kepada $218, sekaligus membawa kepada nilai keseluruhan syarikat SpaceX melangkaui $2.8 trilion. Ini juga secara tidak langsung meletakkan SpaceX sebagai syarikat kelima paling bernilai tinggi di dunia, hanya di belakang NVIDIA, Google, Apple dan Microsoft.

Walaupun sahamnya dan penyenarainya menjadikan syarikat berkenaan bernilai tinggi, namun dari segi pendapatan keseluruhan syarikat, ia masih jauh di belakang berbanding yang lain. Mengikut tahun kewangan 2025 yang lepas, SpaceX menjana $18.65 bilion dari segi pendapatan, berbanding Amazon yang menjana pendapatan berjumlah $717 bilion untuk tahun sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved