Kisah Wanita Muslimah Malaysia Jadi Peguam Di New Zealand Buat Ramai Bangga [Video]

15 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan Malaysia banyak menghasilkan individu yang berjaya bukan sahaja di negara tetapi turut mencapai kejayaan di negara lain.

Apa yang lebih membanggakan walaupun berjaya sehingga dikenali di negara orang namun mereka masih tidak lupa dengan negara kelahiran tercinta.

Lelaki kongsi kejayaan anak Malaysia jadi peguam di New Zealand

Baru-baru ini seorang pengguna Threads, Akram Zulkifli telah berkongsi mengenai kejayaan seorang wanita muslimah dari Malaysia, Nur Zahirah Khairudin yang baru dilantik menjadi peguam di Mahkamah Tinggi New Zealand.

Nur Zahirah yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik ini membesar di New Zealand sebelum keluarganya pulang semula ke Malaysia sekitar lapan tahun yang lalu.

Habiskan sekolah di Malaysia sebelum pulang semula ke New Zealand untuk lanjutkan pelajaran

Menurut Akram yang juga kenalan rapat keluarga Nur Zahirah, wanita muda ini menamatkan persekolahannya dari Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia sebelum kembali semula ke New Zealand sekitar Disember 2018.

Selepas setahun, Nur Zahirah kemudian menamatkan National Certificate of Educational Achievement (NCEA) Level 3 di Hagley College dengan Excellence Award di dalam English Language and Literature.

“Dia kemudiannya melanjutkan pengajian di University of Canterbury dan memilih untuk mengambil double degree (dua ijazah sarjana muda), Bachelor of Laws (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Bachelor of Arts bersama major dalam Bahasa Jepun dan budaya serta minor Linguistik,” kata Akram kepada BuzzKini.

Aktif dalam komuniti pelajar Malaysia

Menurut Akram lagi, anak kelahiran Pulau Pinang ini sewaktu di universiti memang aktif dalam membantu komuniti pelajar Malaysia sebagai Naib Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Canterbury (CMSA) pada tahun 2022 sehingga 2023.

Sebaik sahaja menamatkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda pada akhir 2025, Nur Zahirah mengambil kos Professional Legal Studied (PROFS) dan menamatkan pengajian pada Mei 2026.

Lakar sejarah jadi satu-satunya wanita Muslimah dilantik jadi Barrister and Solicitor of the High di New Zealand

Malah Nur Zahirah turut melakar sejarah apabila menjadi satu-satu wanita Muslimah yang dilantik sebagai Peguamcara di Mahkamah Tinggi New Zealand (Barrister and Solicitor of the High Court of New Zealand) apabila mengangkat sumpah di hadapan Hakim Owen Paulson pada 11 September lalu

Akram dalam hantaran tersebut turut menyatakan Nur Zahirah mungkin anak watan pertama yang melakar sejarah di New Zealand.

Pernah dipandang rendah, kini lakar nama buat Malaysia

Malah dia turut berkongsi satu insiden apabila Nur Zahirah dipandang sebelah mata oleh seorang ‘live-host’ namun dia tidak berputus asa sebaliknya terus mencapai kejayaan.

“Aku cerita benda ni bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Benda ni buat aku sedar satu perkara. Kadang-kadang kita tengok orang dan fikir ‘oh, dia ni macam biasa-biasa je.’

“Tak ada keluarga ternama. Tak ada cerita privilege yang hebat. Yang ada cuma ilmu, usaha, disiplin, doa dan pengorbanan mak ayah.

“Dia sedang membina masa depan. Dia sedang membawa nama keluarga. Paling penting, dia sedang membuktikan kepada enam adik-beradik bahawa seorang anak daripada keluarga biasa pun boleh bermimpi (impian) besar.”

Dibesarkan dengan didikan agama Islam dan budaya Melayu, pernah kerja sebagai tukang cuci

Kata Akram, walaupun pernah menetap di New Zealand tetapi Nur Zahirah dibesarkan dengan didikan agama Islam dan budaya Melayu selain sering melakukan solat berjemaah bersama keluarga.

Manakala di hujung minggu dia melakukan kerja sambilan seperti membuat pekerjaan sebagai tukang cuci (housekeping) di sebuah motel dan menjual kuih-muih.

Kisah Nur Zahirah ini membuktikan mereka yang tidak mempunyai keistimewaan tetapi mempunyai ibu bapa yang percaya pendidikan dapat mengubah hidup juga boleh berjaya.

View on Threads

Ramai ucap tahniah dan bangga dengan kejayaan Nur Zahirah

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berbangga dengan kejayaan Nur Zahirah selain menyifatkan ia adalah perkongsian yang memberikan inspirasi.

Bukan hanya itu, ramai mengatakan Nur Zahirah juga boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

“MasyaAllah, inspiring. Tahniah wanita hebat”

Image from: Kisah Wanita Muslimah Malaysia Jadi Peguam Di New Zealand Buat Ramai Bangga [Video]

“Bangga dengan anak watan”

Image from: Kisah Wanita Muslimah Malaysia Jadi Peguam Di New Zealand Buat Ramai Bangga [Video]

“Tahniah kepada wanita ini! Semoga maju jaya, dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap yang dilakukan”

Image from: Kisah Wanita Muslimah Malaysia Jadi Peguam Di New Zealand Buat Ramai Bangga [Video]
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved