Kit Huawei Ruiying Z10 Dilengkapi Sensor 1″ dan Zum Optikal Sehingga 10X

TechnologyDigital
1 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pagi tadi siri Huawei Mate 90 dilancarkan dengan Mate 90 Pro Max dan Mate 90 RS hadir dengan sokongan kit lensa tambahan. Sistem lensa yang ditawarkan oleh Huawei adalah yang paling besar pernah ditawarkan berbanding yang dikeluarkan oleh Oppo, Honor dan Xiaomi sebelum ini.

Image from: Kit Huawei Ruiying Z10 Dilengkapi Sensor 1″ dan Zum Optikal Sehingga 10X

Kit Huawei Ruiying Z10 hadir dengan sensor 50MP dengan saiz fizikal 1″. Sistem zum optikal lensa boleh menyokong zum optikal sehingga 10X dengan julat adalah antara 24mm hingga 240mm. Bukaan lensa pula adalah f/2.0 hingga f/4.5. Sistem zum teleskopik Z10 adalah menggunakan motor elektrik.

Image from: Kit Huawei Ruiying Z10 Dilengkapi Sensor 1″ dan Zum Optikal Sehingga 10X

Pada tubuh terdapat gelang berputar yang boleh diprogramkan untuk mengawal zum, apertur atau fokus manual. Sistem OIS yang digunakan pula mencapai standard CIPA 7.0. Kit boleh mengambil gambar pada tetapan 50MP dan video pula sehingga 4K 60P. Format gambar pula adalah JPEG, HEIF dan DNG.

Image from: Kit Huawei Ruiying Z10 Dilengkapi Sensor 1″ dan Zum Optikal Sehingga 10X

Keseluruhan tubuh lensa diperbuat daripada aloi aluminium dan seberat 346g. Ia disambungkan terus pada bonggol kamera di belakang Mate 90 Pro Max dan Mate 90 RS. Di China kit Huawei Ruiying Z10 dijual pada harga RMB 5999 (~RM 3653) dengan ia hadir dengan lensa, penutup lensa, kerangka telefon, tali, cagak untuk tripod, hud kamera, grip, kabel pengecas, pengecas dan beg simpanan.

Image from: Kit Huawei Ruiying Z10 Dilengkapi Sensor 1″ dan Zum Optikal Sehingga 10X
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved