![Image from: “Kita 1 Malaysia” – Minyak Motosikal Habis, Gadis Cina Terharu Lelaki Sanggup Patah Balik Tolong Beli Petrol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/lelaki-melayu-bantu-gadis-cina-belikan-minyak-motosikal.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali melihat orang yang berada dalam kesusahan, pasti ramai yang senang hati dan ikhlas untuk menghulurkan bantuan.
Sikap sebegini sememangnya memberi kesan lebih-lebih lagi mereka yang menerimanya kerana mampu mengurangkan beban yang ditanggung.
Gadis Tak Sangka & Terharu Lelaki Tak Dikenali Sanggup Patah Balik
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai Xia yang terharu selepas mendapat bantuan daripada lelaki yang tidak dikenali ketika motosikalnya kehabisan minyak berhampiran Masjid Kampung Duku, Masjid Tanah, Melaka.
Kongsi gadis berbangsa Cina di TikTok, @xiaojiee16, selama ini dia menyangka hanya diri sendiri dan keluarga yang dapat membantu dirinya ketika berada dalam kesusahan.
“Dulu dalam mindset saya, saya rasa dunia ini, semua orang nonchalant. Tiada orang yang akan tolong you melainkan keluarga dan diri sendiri.
Namun, tindakan seorang lelaki Melayu yang ikhlas membantu dia ketika motosikalnya kehabisan minyak mengubah pandangannya itu.
“Terima kasih sangat-sangat pak cik. Memang tak sangka akan ada orang tolong saya,” tulisnya di kapsyen.
Tak Perasan Motosikal Habis Minyak, ‘Pak Cik’ Tegur Sebelum Pergi Belikan Petrol
Menceritakan momen tersebut, Xia menjelaskan dia pada ketika itu sedang keluar berjalan-jalan dan tidak sempat sampai ke stesen minyak.
Dek kerana itu, dia terpaksa memberhentikan kenderaannya dan meminta bantuan daripada ahli keluarga.
Sedang Xia menunggu ketibaan ibunya, seorang lelaki Melayu yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil bertanyakan kepada Xia tentang keadaannya itu.
“Tiba-tiba, ada seorang abang, dia berhenti dekat lampu isyarat. Dia tanya ‘kenapa? tak ada minyak ke?’ lepas tu saya pun cakaplah ‘ya abang, abang boleh tolong isi minyak tak?’
“Dia tak sempat nak jawab sebab lampu dah hijau. Dia buatkan (isyarat) tangan suruh tunggu. Lepas beberapa minit, saya nampak abang tu datang dekat saya dan bawa sebotol minyak,” tulisnya lagi.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki itu sendiri yang mengisi minyak dari botol ke dalam motosikal gadis terbabit.
Gadis Minta QR Untuk Buat Bayaran Tetapi Ditolak
Cerita Xia lagi, dia telah meminta kod QR untuk mengganti wang lelaki terbabit yang membantunya membelikan petrol.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan menolak permintaannya itu.
“Saya memang tak sangka orang yang tak kenal akan tolong saya. Kemudian saya minta QR dengan pak cik (lelaki) itu. Dia kata ‘tak apa, hari ini saya ada rezeki saya tolong awak, nanti orang lain tolong saya bila saya susah’,” kongsinya.
Melalui video yang dikongsikan, kedengaran Xia berulang kali menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh lelaki terbabit.
Pada masa sama, lelaki terbabit turut menitipkan pesanan buat gadis berkenaan agar sentiasa berhati-hati.
@xiaojiee16 Dulu dlm mindset saye saye rase dunia ni punya orng semua nonchalent nobody will help u kecuali diri sendiri dengan family tapi today suda mengubahkan mindset saye mmg thankyou ii sangat pakcik mmg x sangka akan ade orng tolong saye i nk keluar malam minggu astu motor x sempat nk sampai minyak stesen waktu tu i call mak mak tengah dtng lah astu tetiba ade sorng abng dia benti kat trafik light dia tanye “nape x de minyak ke” astu i pun ckp lah“ya abng boleh tolong isi minyak x”astu dia x sempat nk jwb sbb lampu dh hijau astu dia buatkan tangan suruh tunggu after a few minit i see abng tu dtng kat saye dengan bwk sebotol minyak i mintak qr ngan pakcik pakcik x bagi astu pakcik ckp“harini i tolong u lain kali orng lain pulak tolong saye ”thankyou abng and thankyou jugak my mom
Warganet Puji Keikhlasan Lelaki Bantu Gadis Belikan Minyak Motosikal
Perkongsian yang telah mendapat lebih 254,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian penggunda media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki berkenaan yang ikhlas dan tidak berkira membantu meskipun gadis itu tidak dikenalinya.
Malah, ada yang mendoakan pemuda terbabit dimurahkan rezeki atas kebaikan yang dibuat.
Bukan itu sahaja, ada yang mengaitkan momen sebegitu dengan semangat perpaduan dek kerana keduan-duanya berbeza bangsa.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Terima Kasih Pada Abang Ni Jadi Orang Baik. Semoga Diberikan Rezeki Berlipat Kali Ganda”
![Image from: “Kita 1 Malaysia” – Minyak Motosikal Habis, Gadis Cina Terharu Lelaki Sanggup Patah Balik Tolong Beli Petrol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-2.12.19-PM-1-1024x885.jpeg)
“Malaysia Memang Penuh Dengan Orang Baik-Baik. Bersyukur Jadi Rakyat Malaysia”
![Image from: “Kita 1 Malaysia” – Minyak Motosikal Habis, Gadis Cina Terharu Lelaki Sanggup Patah Balik Tolong Beli Petrol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-1.40.17-PM-2-939x1024.jpeg)
“Kita Semua 1 Family, Tak Kira Apa Bangsa, Apa Agama. Bila Ada Yang Tengah Susah, Pasti Akan Bantu”
![Image from: “Kita 1 Malaysia” – Minyak Motosikal Habis, Gadis Cina Terharu Lelaki Sanggup Patah Balik Tolong Beli Petrol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-1.40.16-PM-928x1024.jpeg)
“Betul, Dalam Dunia Ini Masih Ada Orang Yang Baik, Even Hari-Hari Kita Dengar Atau Baca Tentang Jenayah”
![Image from: “Kita 1 Malaysia” – Minyak Motosikal Habis, Gadis Cina Terharu Lelaki Sanggup Patah Balik Tolong Beli Petrol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-20-at-1.40.17-PM-887x1024.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini Tolong Tunda Motosikal Pakcik Yang Kehabisan Minyak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bagi Wanita Tak Dikenali Bawa Kereta Kerana Nak Bantu Motosikal Tiada Minyak Raih Pujian [Video]
