
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua rakyat dalam tempoh masa terdekat.
Perkara itu diumumkan Anwar sendiri semalam (22 Julai) di di Paroi, Seremban ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal HARAPAN bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-19.
Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Negeri Sembilan Ke-16
“Insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan naikkan SARA untuk rakyat semua.
“Yang kita gabung dengan Negeri Sembilan, kita mahu Datuk Seri Aminuddin Harun di Negeri Sembilan kekal sebagai Menteri Besar.
“Untuk kerja, hentikan amalan sakau, hentikan buat harta negeri seperti harta peribadi. Hentikan itu. Kita beri contoh orang Melayu baik, boleh berkhidmat dan menjaga rakyat,” katanya.
Kadar Bantuan SARA Terkini
Untuk info, kadar bayaran SARA Bulanan 2026 (jumlah setahun) mengikut kategori penerima adalah seperti berikut:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih:
- Isi Rumah: RM2,400
- Warga Emas: RM1,800
- Bujang: RM1,200
Penerima STR selain eKasih:
- Isi Rumah: RM1,200
- Warga Emas: RM600
- Bujang: RM600
Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 10,000 pasar raya dan kedai terpilih.
Baca Artikel Berkaitan: SARA RM100 Untuk Semua Dikreditkan Hari Ini, Kategori Makanan Sejuk Beku Kini Ditambah
Ekonomi Negara Berkembang, Tapi Masih Difitnah – Anwar Ibrahim
Dalam pada itu, Anwar selaku Menteri Kewangan berkata pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengurangkan bebas rakyat sepanjang ditadbir kerajaan kini.
Bagaimanapun dalam usaha itu, masih banyak pihak yang mencari jalan untuk memfitnah dengan sentimen politik
“Kadar ekonomi berkembang, harga minyak turun tetapi masih diserang fitnah sebegitu rupa, kos sara hidup masih tinggi sebab itu saya umumkan di Ipoh.
“Saya kata walaupun bagi STR, SARA, Datuk Seri Aminuddin (di Negeri Sembilan) bagi bonus tinggi (kepada penjawat awam) tapi adakah selesai masalah? Belum.
“Bila saya bincang sebulan lalu, saya umumkan di Perak. Saya kata oleh kerana masalah rakyat masih ada, kita dengar, dan kita tahu,” tambah beliau, lapor Berita Harian.






