“Kita bantu selagi boleh” – Guna Platform TikTok ‘Live’ Bantu Warga Palestin, Que Haidar Dipuji Netizen

Entertainment
14 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah lebih sebulan negara Palestin diserang dan dihentam oleh rejim Israel, setakat ini menurut sumber sudah terdapat lebih 10,000 kematian rakyat negara itu akibat serangan tersebut.

Bantuan yang disalurkan oleh negara-negara luar kepada mereka akhirnya dapat dirasai oleh mangsa-mangsa peperangan itu.

Pelakon ternama tempatan, Que Haidar menerusi Twitter miliknya berkongsi dia menggunakan platform TikTok live untuk mendapatkan dana bagi membantu saudara kita di Palestin.

“Alhamdulillah bantuan dari semua didalam TikTok live saya minggu lepas sudah mula diedarkan.

InsyAllah bantuan dari 3 hari lepas pula saudara Hamid dan Sheikh Yesuf ada maklumkan pada saya akan digunakan untuk membeli makanan seperti ayam,” tulisnya.

Dalam video itu jelas kelihatan kebahagiaan mereka terutamanya kanak-kanak, terdapat bantuan seperti barang mainan serta makanan yang disalurkan oleh pelakon Lagenda Budak Setan itu.

Selain itu, Que Haidar turut berkongsi disebabkan harga ayam agak mahal pada ketika ini, rakyat di negara itu menerima segala bantuan keperluan lain.

“Mereka mengucapkan sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan bantuan.

Alhamdulillah, kita bantu mana yang boleh dan selagi Allah mengizinkan kita membantu,” tulisnya.

Semoga rezeki Que Haidar sekeluarga sentiasa dimurahkan!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.