“Kita Boleh Bersuara, Jadi ‘Talent’ Jenama Kena Bijak..” – Berani Tolak Undangan Jenama Antarabangsa, Scha Al-Yahya Tak Bimbang Hilang Kerjasama

1 Nov 2023 • 3:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak takut menolak undangan ke majlis jenama antarabangsa, pelakon dan model Scha Al Yahya memilih untuk meneruskan sokongan terhadap rakyat Palestin dan tidak mahu dilihat menyokong pihak-pihak yang berkenaan Israel.

Tambah Scha, dia tidak takut kehilangan tawaran kerja daripada jenama-jenama tersebut. Baginya, memuat naik hantaran yang menyokong negara Palestin itu sudah merupakan tugas sebagai orang Islam. Katanya, bagi yang tidak berpuas hati dengan tindakan Scha, itu bukan lah urusannya.

Kenapa perlu takut? Kita boleh bersuara, tetapi jangan keterlaluan

Ada juga undangan ke majlis mereka yang saya tolak secara baik. Sebagai telent jenama, kita kena bijak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya)

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, dia juga tidak pernah mendapat sebarang ugutan berkenaan hantaran tentang Palestin setakat ini. Baginya, sebagai seorang selebriti yang mempunyai platform yang besar, dia perlu menggunakannya untuk membantu menyebarkan info berguna.

Terdahulu, model ini pernah menjadi duta jenama-jenama antarabangsa dan sering mendapat jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran dan pertunjukan fesyen di luar negara.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Mak Bapak Aku Kau Jangan Main" - Meerqeen Berang Netizen Kaitkan 'Parents' Gara-Gara Tak Kongsi Isu Palestin