Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya, atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, tidak takut jika kelantangannya dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin yang sedang dizalimi Israel akan menjejaskan kariernya.
Berkata kepada media, Scha mengakui dia banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Namun itu tidak menghalangnya untuk terus bersuara mengenai isu berkenaan di media sosial.
“Betul, saya ada banyak kerjasama dengan jenama antarabangsa. Tetapi kenapa saya perlu takut?
“…boleh tunjukkan sokongan, tetapi jangan menghentam terlalu kasar, kena tahu batas, perlu tahu macam manan ak cakap, benda tu yang penting,” katanya memetik laporan dari Kosmo! Online, Rabu, 1 November 2023.
Meskipun ada di kalangan selebriti lain yang takut kehilangan tawaran bekerja hanya kerana berkongsi mengenai isu Palestin, Scha pula yakin dan percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.
“Tak perlu rasa takut, Allah yang beri rezeki. Insya-Allah,” katanya.
Selain itu, Scha juga tidak teragak-agak menolak jemputan daripada jenama yang dikaitkan dengan Israel, secara baik, bagi menghormati isu Palesin yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
“Ada brand jemput pergi majlis, saya tolak dengan baik. Mereka bukannya tidak sensitif tapi mereka ada jadual dan itu yang mereka kena ikut.
“Tetapi kita sebagai talent ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baru.
“Komunikasi itu penting. Kita kena bijak sikit dairpada hanya ikut arahan,” ujarnya.
Sejak bermulanya konflik Palestin – Israel, ramai selebriti, pempengaruh mengambil sikap berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai konflik berkenaan.
Ini kerana mereka bimbang dikenakan tindakan tegas oleh platform media sosial, sekali gus boleh menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas teruk.
Sumber: Kosmo! Online, mStar Online
The post ‘Kenapa saya perlu takut?’ – Scha Al-Yahya tak takut nyatakan sokongan terhadap Palestin, tolak jemputan yang ada kaitan dengan Israel appeared first on The Reporter.




