‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur

8 Nov 2022 • 6:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sepanduk parti, ada yang dengan manifesto, ada juga yang kelihatan aneh kerana perbuatan secara sengaja

‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur. Musim-musim pilihanraya ini sememangnya kita akan banyak lihat di kiri kanan kita sepanduk-sepanduk daripada parti yang bertanding. Malah ada juga sepanduk berserta manifesto mereka.

Tetapi, tidak terkecuali kalau kita nampak sepanduk yang kelihatan aneh kerana dirosakkan atau banyak lagi yang dilakukan oleh segelintir netizen dengan niat masing-masing. Salah satunya sepanduk yang didirikan di kawasan di hadapan balai polis Sibu.

image is not available
‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

Sepanduk ‘Kita Boleh’ ditambah di tepinya sepanduk ‘Tipu’. ‘Kita Boleh Tipu’ buat netizen terhibur

Sepanduk dengan warna tema merahnya tersebut hanya sebuah sepanduk sebuah parti yang bertanding dan menunjukkan slogan iaitu ’Kita Boleh’. Namun, sepanduk tersebut kelihatan aneh kerana ditambah dengan sengaja di bahagian tepi nya dengan sepanduk yang lain sehingga kelihatan seperti maksud yang lain.

Sebuah sepanduk kecil telah ditambah di bahagian tepi sepanduk utama dengan perkataan ’Tipu’ dan secara langsung kelihatan seperti ’Kita Boleh Tipu’. Difahamkan juga, isu sepanduk ini bukan terjadi dihadapan balai polis Sibu sahaja malah ada juga ditempat lain.

image is not available
‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: FB Sarawak Covid-19 Awareness Group (Public)

Gambar sepanduk tersebut telah dikongsi oleh sebuah akaun Facebook milik A-jamp MrAj dan mula tular serta telah dikongsi semula oleh netizen kerana kebanyakkan netizen merasa terhibur dengan gambar sepanduk tersebut seolah-olah mengerti keadaan disebalik maksud kata-kata tersebut.

image is not available

Sememangnya ada sahaja perangai yang muncul musim-musim pilihanraya ni kan. Tak satu, satu muncul keanehan. Asalkan tidak mencederakan atau mendatangkan bahaya, tetapi kalau boleh kita cuba berkempen secara sihat, okay?

Untuk isu lain yang berkaitan dengan musim PRU kali ini, boleh baca artikel dibawah: