Merajuk Sampai Jalan Kaki, Netizen Terhibur Lihat Si Isteri Cuba Pujuk Suami

2 Nov 2022 • 3:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ni terbalik pula skill ni

Merajuk Sampai Jalan Kaki, Netizen Terhibur Lihat Si Isteri Cuba Pujuk Suami. Biasanya kita sering melihat taktik isteri merajuk dipujuk suami, tetapi bagaimana pula sebaliknya?

Baru-baru ini, sebuah video TikTok menarik perhatian netizen apabila video itu memaparkan seorang wanita cuba memujuk suaminya yang dilihat berjalan sendirian. Apa yang menjadikan perkara itu lebih menghiburkan untuk ditonton ialah wanita tersebut memujuk suaminya sepanjang menunggang motosikal!

image is not available
Merajuk Sampai Jalan Kaki, Netizen Terhibur Lihat Si Isteri Cuba Pujuk Suami

Apabila suami merajuk kena pujuk,” – netizen

Dalam video yang disiarkan oleh @rohu_fighter menerusi TikTok, seorang wanita dilihat menunggang motosikal di sepanjang tepi jalan ketika cuba mengejar seorang lelaki yang berjalan sendirian.

Untuk konteks, video itu menyatakan bahawa wanita tersebut cuba memujuk suaminya manakala suaminya dilihat berjalan seorang diri, disangka dalam keadaan merajuk. Akhirnya, wanita terbabit dilihat seperti berjaya memujuk suaminya!

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Suami merajuk sekejap ya, kalau bini merajuk haa… ambik kau 2, 3 hari,” – netizen

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan itu, terutamanya golongan lelaki. Malah, kebanyakkan mereka berkata mereka memahami situasi lelaki tersebut.

Antara komen menarik yang dapat dilihat dalam ruangan komen video tersebut adalah seperti berikut:

Terdapat juga golongan wanita yang dapat relate dengan si isteri dalam video berkenaan. Antaranya seperti:

Yalah, lelaki pun ada perasaan okay! Haa… kalau korang ada lihat suami atau bf korang tu merajuk, cuba lah pujuk diorang tu. Lelaki ni, diorang merajuk kejap je – pujuk je sikit, confirm ok balik tu. image is not available