“Kita Bukan Target Market Dia..” – Suka Dessert Perkenalkan ‘3 Phase Ice Cream’, Netizen Terkejut Harga Aiskrim RM18!

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, perniagaan menjual pencuci mulut popular, Suka Dessert sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas pemiliknya melancarkan dessert baru iaitu ice-cream berharga RM18.

Harga aiskrim baru RM18

Susulan menjual aiskrim dengan harga berbelas ringgit, terdapat seorang individu telah meninggalkan pendapatnya di platform X, di mana dia merasakan barangkali bukan target market perniagaan dessert itu.

Sebab RM18 tu boleh beli 5 Ice Cream Cornetto Brownie yang ni..

image is not available

Dapat dilihat di video yang di naik di akaun TikTok Suka Dessert, pemilik perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Siti Hajar telah menerangkan bagaimana mereka menyediakan aiskrim yang dikenali sebagai ‘3 Phase Ice Cream’, di mana ia mempunyai tiga lapisan yang berbeza.

Letak toping rangup supaya tak muak. Nampak sedap tak? Iya sedap, Insya-Allah. Allah bagi sedap.

@sukadessert.hq 3 Phase Ice Cream, Rm18.00. Kenapa mahal? Kenapa 3 Phase? Sebab… ada 3 lapisan. Dalam cone terdapat brownies, melt choc dan ice cream. Darlings wajib rasa dahulu baru jugde tau #3phaseicecream ♬ original sound – Sukadessert.hq

Ada kata mahal, ada kata bukan target market

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, terdapat pelbagai pendapat daripada netizen, di mana ada yang mengatakan harga aiskrim Suka Dessert itu terlalu mahal tetapi ada juga yang berkata tidak perlu beli jika tak mampu.

image is not available

Malah, ramai yang menyokong kenyataan individu di platform X itu dengan menyatakan lebih baik membeli aiskrim jenama lain yang jauh lebih murah daripada aiskrim Suka Dessert itu.

image is not available 11 months ago

Difitnah Guna Coklat Murah, 'Owner' Suka Dessert Jawab Tuduhan - "Saya Akan Tunjuk Invoice, Tengok Harga Berapa"