“Kita Diam Jangan Bagi Berbunyi” – Abby Abadi ‘Naik Angin’ Bila Diminta Minta Maaf Dekat Umisya

EntertainmentLifestyle
16 Apr 2025 • 10:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
abby abadi

Nama selebriti popular, Abby Abadi sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu komen daripada netizen yang meminta beliau memohon maaf kepada individu bernama Umisya.

Tak tunggu lama, Abby terus tampil membalas komen berkenaan dengan nada tegas menyelar pihak yang cuba menyalahkan dirinya seorang.

“Kenapa awak tak suruh Aslam minta maaf dekat saya?”

Menurut Abby, beliau pelik kenapa hanya dirinya diminta minta maaf sedangkan individu lain yang terlibat langsung tidak dipersoalkan atau ditegur.

image is not available

Malah dia mempersoalkan kenapa Aslam, individu yang dikaitkan dalam isu ini tidak pula diminta minta maaf kepadanya.

Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke?

Netizen berbelah bahagi, ada yang sokong, ada yang minta Abby chill

image is not available

Perkongsian Abby mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mempertikaikan kenapa Abby perlu menyebut nama Umisya secara langsung, sedangkan isu tersebut boleh dijelaskan secara umum.

Tak perlu pon nak petik nama Misya, boleh je cakap ‘mintak maaf belah sana’.

Ada juga yang tampil mempertahankan Abby dengan mengatakan dia hanya memberi reaksi berdasarkan komen yang diterima.

Namun tak kurang juga yang menasihati Abby supaya tidak terlalu emosi dan terus bersikap tenang.

Pssttt! Situasi ini menunjukkan hanya dengan satu komen boleh mencetuskan reaksi besar pada tuan badan lebih-lebih lagi apabila melibatkan nama-nama popular. Jadi berhati-hatilah meninggalkan komen tu ye. Jangan palatao!

Kredit: Threads Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.