“Kita Dipandang Baik Bukanlah Kerana Kita Benar-Benar Baik Namun..” – Ruhainies

Entertainment
13 Mar 2024 • 11:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies

Sejak dikaitkan dengan isu berkhalwat baru-baru ini, nama pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi buah mulut orang ramai.

Pelbagai cerita yang timbul antaranya pendedahan daripada seorang krew penggambaran yang mendakwa pasangan ini nampak mesra di set.

Namun setakat ini, Ruhainies belum tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan dakwaan khalwat seperti yang diperkatakan.

Ruhainies hanya memuat naik ayat mengenai seseorang yang menyebarkan aib orang lain. Pelakon ini berkongsi petikan tafsir Surat al- Hujurat menyatakan ada balasan setimpal untuk orang yang sebegitu.

image is not available

image is not available

Dalam petikan lain, Ruhainies percaya seseorang dipandang baik bukanlah kerana dia benar-benar baik sebaliknya kerana Allah SWT telah menutup aibnya daripada dilihat orang lain.

Kredit: Instagram Ruhainies

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media