“Kita geng biru”- Bergambar bersama Ka Siong, Ahmad Zahid minta jangan bimbang! Semuanya baik

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan kemelut pembahagian kerusi antara BN dan MCA menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah menemui jalan penyelesaian.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta semua pihak kekal tenang dan tidak bimbang dengan perkembangan berkenaan.

“Jangan bimbang, semuanya berada dalam keadaan baik. Kita geng biru (BN),” katanya.

Hantaran itu turut disertakan gambar beliau bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

May be an image of one or more people, dais and text

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin berkenaan sebelum itu menghadiri pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen BN di Parlimen, tengah hari tadi.

Pertemuan tersebut juga dipercayai berjaya meredakan pertikaian berhubung agihan kerusi yang sebelum ini mencetuskan ketegangan antara BN dan MCA.

Terdahulu, MCA dilaporkan menuntut dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan, masing-masing Bemban dan Kesidang.

Ahmad Zahid sebelum ini turut mengesahkan perbincangan khas bersama kepemimpinan MCA mengenai pembahagian kerusi berlangsung dengan perkembangan positif.

Bagaimanapun, Ka Siong sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap pengumuman calon MCA tanpa persetujuan kepemimpinan tertinggi parti, selain mendakwa terdapat kerusi tradisi MCA diberikan kepada parti lain.

Situasi itu turut menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dua penyandang MCA yang diumumkan sebagai calon BN, iaitu Datuk Ngwe Hee Sem di Machap Jaya dan Datuk Lim Ban Hong di Klebang.

Sumber: FB Zahid Hamidi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved