“Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti” - Cik Epal Keluarkan Surat Saman Terhadap Dewi

28 Dec 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh sensasi, Cik Epal memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan dia bersama peguamnya telah menghantar surat saman dan penyataan tuntutan terhadap Dewi. 

Menerusi hantaran tersebut, Cik Epal menyatakan dia dan peguamnya telah menfailkan saman terhadap Dewi pada Jumaat lalu. 

Katanya, mereka telah mencuba untuk menyerahkan surat itu selama dua kali pada minggu ini tetapi tidak berjaya. 

Namun, akhirnya penyerahan itu dapat dilakukan secara langsung, iaitu diserahkan secara serahan tangan pada Sabtu.

“Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Emira Delyati Dewi telah difailkan pada Jumaat lepas 20.12.2024 oleh peguam saya.

“Dua kali percubaan serahan minggu ini gagal tapi dah berjaya serahkan secara serahan tangan hari ini”, katanya menerusi kapsyen di Instagram. 

Jelas bekas isteri Jofliam, Cik Epal, tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak Dewi, sehingga dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang. Dia berharap dapat berjumpa di mahkamah apabila tarikh perbicaraan ditetapkan.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)