“Kita mahu Melayu yang berwibawa” – Setiausaha Agung DAP Hormat Jawatan PM Mesti Melayu

Politics
17 Nov 2022 • 1:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berbaki berberapa hari lagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung, dilihat semua parti kini sedang rancak menjalankan kempen untuk meraih kepercayaan rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menghormati hakikat bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia mestilah berbangsa Melayu, bagaimanapun beliau mahukan individu yang benar-benar layak memegang jawatan tertinggi itu.

Katanya ketika berucap dalam Grand Finale Jelajah Mega PH malam tadi, bagaimanapun mereka mahukan Melayu yang bersih, berwibawa, jujur dan berintelektual seperti Datuk Anwar Ibrahim, lapor Bernama TV.

 

Mahukan PM berbangsa Melayu, tetapi Melayu yang…

“Kita terima hakikat, di depan saya ini ramai orang Cina, Melayu pun ramai. Saya beritahu pada rakan-rakan Melayu, kita dalam DAP terima dan hormat bahawa kepimpinan Malaysia, perdana menteri mesti Melayu.”

“Tetapi, kita mahu Melayu yang berwibawa, yang bersih, yang jujur, yang ada intelektual macam (Datuk Seri) Anwar Ibrahim supaya Malaysia disegani dan dihormati.”

“Cukuplah dengan politik perkauman. Kita gunakan PRU15 untuk memecahkan politik perkauman dan naikkan kerajaan PH di bawah Anwar.”

Tambahnya lagi, kejayaan mana-mana kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia dan negara perlu dibangunkan dan dipulihkan bersama.

Memetik laporan Astro Awani, Grand Finale Jelajah Mega PH itu turut dihadiri Datuk Anwar Ibrahim, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Gombak Datuk Amirudin Shari dan Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.