“Kita nak ‘ternak’ atau basmi?” – Pengerusi Yayasan Minta Golongan Asnaf Tidak Dimanjakan

Politics
27 Jul 2022 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sikap prihatin dan suka menderma yang ada dalam diri rakyat negara kita ini adalah sesuatu yang patut dipuji. Dengar saja ada orang susah di mana-mana, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

Pun begitu, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom baru-baru ini berkata, golongan asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan dengan bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka juga perlu diubah.

image is not available

“Sekarang nak ‘ternak’ atau nak basmi?”

Menurut Astro AWANI, beliau juga berpendapat, golongan ini perlu dibantu memajukan diri, contohnya dengan menceburi bidang yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berkata, institusi zakat perlu diberi kuasa autonomi untuk mentadbir tanpa campur tangan dari mana-mana pihak.

“Pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang untuk berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera para asnaf.

“Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa daripada pusat zakat itu sendiri dan paling penting wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Dakwanya lagi, ada negeri juga kini soal pembahagian wang zakatnya terbengkalai kerana tak diberi perhatian yang secukupnya.

Hmm apa pendapat korang mengenai isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.