“Kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya”- Bonda Rozita Respon Isu Dakwaan Tak Bayar Hutang Kontraktor Ubah Suai Rumah Di London

Entertainment
3 May 2025 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya isu yang melanda usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita masih belum reda kerana terkini, Bonda Rozita telah didakwa tidak membayar hutang kontraktor yang mengubah suai rumah mewahnya di London, United Kingdom.

Kontraktor tersebut menerusi akaun Instagram seorang individu ini baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram berkenaan, Bonda Rozita didakwa tidak membayar upah kontraktor yang telah mengubah suai rumah di London itu.

image is not available

Dakwaan itu kemudiannya telah mendapat perhatian Bonda Rozita dan Bonda menerusi Instagram telah memberi respon berkenaan isu dakwaan tidak membayar hutang tersebut.

Respon Bonda Rozita berkenaan dakwaan itu cukup ringkas di mana dia telah pun mengambil tindakan dan meminta warganet untuk menunggu tindakan daripada peguamnya di Malaysia dan di London untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, bonda turut menulis di ruangan kapsyen posting terbabit bahawa dia tidak pernah lari daripada membuat bayaran kepada kilang-kilang yang terlibat dengan perniagaannya dan juga projek mega Rumah Hutan Bonda.

 

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.