
Penyanyi wanita muda berbakat, Ziva Magnolya kembali melancarkan single terbaru yang berjudul 'Menanti', sekaligus menjadi bahagian kedua daripada projek A+Z The Series yang dimulakan dengan pelancaran lagu 'Tak Mungkin' oleh KIM.
BACA: Rizky Febian, Ziva Magnolya Tak Bercinta – “Kami Memang Rapat, Nak Hasilkan Lagu Cinta Kena Cari Keserasian…”
'Menanti' merupakan lagu hits yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Dea Mirella dan Kahitna. Kini di bawah naungan syarikat rakaman Universal Music Indonesia, lagu tersebut diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends yang disajikan dalam nuansa baru serta versi yang segar, bercampur harmoni dengan karakter vokal Ziva yang khas.
Meskipun pernah dipopularkan lebih dari 2 dekad yang lalu, lirik lagu 'Menanti' masih sangat relevan dengan kisah cinta yang terjadi pada zaman sekarang. Bercerita tentang penantian yang tidak pasti akhirnya.
"Selalu diisi dengan janji-janji tapi pengakhirannnya masih sama degan yang lain. Kita ni menunggu, tetapi dibiarkan begitu saja," kata Ziva bercerita tentang single terbarunya itu.
