“Kita tak boleh paksa, biar YDPA buat keputusan” – Azalina Perjelas Isu Pengampunan Najib Razak

Politics
12 Apr 2023 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato Sri Azalina Othman berkata proses pengampunan untuk Najib Razak kini tidak lagi melibatkan prosedur undang-undang.

image is not available

Sebaliknya menurut Malaysia Kini, ia terserah kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya dan tidak ada sesiapa boleh memaksa agar Najib diberikan pengampunan diraja.

“Saya rasa bab itu (pengampunan diraja), apa pun ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang ini tidak ada prosedur undang- undang, sekarang adalah (terserah) budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Jadi, kita tidak boleh paksa, biar Yang di-Pertuan Agong yang buat keputusan kalau mahu mengkaji. Kita (Umno) sudah tidak terlibat,” katanya.

Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO itu berkata demikian bagi mengulas pandangan peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang berpendapat UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak bekas PM itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.