“Kita Tengok Cantik Di Google, Terus Ambil Pakai” – Kieda Crepe Mohon Maaf Guna Logo Elephant Army Pada Baju

23 Jul 2024 • 10:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Usahawan terkenal, Kieda Crepe tampil memohon maaf di atas penggunaan logo Ultras Pahang iaitu Elephant Army tanpa izin.

Menurut Kieda, dia tidak tahu logo tersebut sudah didaftarkan dan mengambil tindakan segera selepas ditegur.

image is not available

Kieda difahamkan sudah menghubungi wakil Elephant Army dan ianya sudah diselesaikan dengan cara baik.

image is not available

Kieda menghentikan jualan jersi siri jelajah Pahang dengan serta merta dan memohon pelanggan yang membeli jersi dengan logo Elephant Army supaya memulangkan jersi kembali.

Pihaknya akan membayar semula duit pelanggan dan mereka baju dengan rekaan baru. Kieda juga mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan menyangkal dakwaan netizen bahawa mereka memakan duit haram dengan jualan jersi itu.

Takda rezeki Hilmi Zaki untuk baju Pahang. Tapi no worries , Amy buat design baru untuk orang Pahang ye? Thankyou semua yang support dan bekerjasama dengan baik. Refund baju semula kepada kami , kami tanggung rugi. Kami tak makan DUIT HARAM , kami untung sikit tapi kenangan tu yang BESAR untuk kami. It okay , pengalaman dan pengajaran. Hogoh Pahang Hogoh

Sementara itu, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki memohon maaf secara peribadi kerana tidak tahu logo itu sudah berdaftar.

image is not available

Niatnya hanyalah untuk menonjolkan negeri Pahang yang cantik namun berlaku kesilapan apabila tidak membuat research dengan mendalam.

Dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya kerana rekaan dibuat olehnya sendiri.

image is not available

Jap!