“Kita Yang Sebak” – Ramai Tersentuh Dengar Pesanan Peguam Tentang Nafkah Bapa Kepada Anak [Video]

LocalFamily & Parenting
27 Jan 2025 • 5:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bila sebut tentang nafkah, ia sering menjadi topik atau isu yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu terutama pasangan suami isteri yang telah bercerai.

Walaupun telah mendapat perintah mahkamah, namun ada segelintir wanita terpaksa berhadapan dengan sikap bekas suami yang mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Ini kerana masih ada segelintir lelaki yang bergelar bapa dilihat mengambil mudah tentang nafkah terhadap anak.

Peguam Nasihat Allah Sentiasa Ada

Baru-baru ini, tular di media sosial nasihat seorang peguam syarie tentang nafkah yang nyata menyentuh hati ramai.

Menerusi sedutan video yang dimuat naik di TikTok @whitv3malaysia_official, peguam yang dikenali sebagai Tuan Muhammad Nur Hafiz Roslan memberi nasihat berkenaan ketika menjadi tetamu jemputan salah satu slot di program itu.

Melalui perkongsian tersebut, peguam berkenaan telah mengingatkan para lelaki yang bergelar bapa agar tidak mengabaikan perintah Allah SWT itu.

“Untuk kesemua bapa-bapa di luar sana, apa pun yang berlaku di antara kamu dan bekas isteri kamu maka kamu tetap seorang bapa.

“Ingat ye, apa juga yang berlaku, Allah itu tetap ada dan setiap daripada perbuatan kamu akan dipersoalkan di akhirat kelak,” katanya.

Beri Nafkah Kepada Anak Adalah Perintah Allah SWT

Malah, Muhammad Nur Hafiz turut mengingatkan bahawa pemberian nafkah kepada anak itu merupakan perintah Allah SWT yang telah ditetapkan.

“Tanggungjawab untuk nafkah ini sangat tinggi. Saya nak pesan kepada tuan-tuan di luar sana, baik kamu pernah ada perintah mahkamah atau kamu belum pernah ada, sebenarnya perintah Allah SWT dah ada terlebih dahulu untuk diri kamu.

“Kamu jadi seorang bapa, bukan senang-senang tinggalkan anak dan kemudian lupa anak tersebut. Tempat tinggal, makan minum, perubatan,” katanya lagi.

Seorang Bapa Perlu Sediakan Tempat Tinggal & Makan Minum Kepada Anak

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan sebab mengapa seorang bapa boleh menjadi wali dan kaitannya dengan pemberian nafkah.

“Paling utama, kenapa kita dapat kewalian sebagai sorang bapa ini adalah untuk mendidik anak-anak.

“Kalau kita tidak dapat mendidik anak-anak dari sudut agama dan sebagainya dengan betul maka at least jaga makan minum, pakaian dan tempat tinggal supaya dia jadi manusia yang lebih baik daripada kita,” pesannya lagi.

@whitv3malaysia_official

Deep betul pesanan dari Tuan Hafiz lawyer ni! Yg dekat luar sana tolong dengar & hadam dengan teliti ☝🏽#whitv3 #fyp #tv3malaysia #fypシ #bapa #nafkah #cerai @Tuan Hafiz Roslan

♬ Ayah – Seventeen

Tonton video penuh di sini.

Ramai Tersentuh, Ada Yang Kaitkan Pesanan Dengan Pengalaman Sendiri

Video yang telah mendapat lebih 762,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka mengakui tersentuh dengan pesanan dan nasihat deep daripada peguam berkenaan.

Malah, ada yang turut mengaitkan situasi serta pengalaman sendiri dengan nasihat tersebut hingga mahu berkongsikan video itu kepada bapa masing-masing.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Kenapa Kita Yang Sebak Bila Dengar Peguam Ini Bercakap?”

image is not available

“Fuh Ayat ‘Sebelum Ada Perintah Mahkamah, Dah Ada Perintah Dari Allah SWT'”

image is not available

“Kalaulah Mereka Faham, Tidaklah Kami Seperti Pengemis”

image is not available

“Deep, Banyak Wanita & Anak-Anak Teraniaya, Sebab Tu Penting Peranan Ibu Bapa Didik Anak Lelaki Sebagai Wali Dari Kecil”

image is not available

“Done Share Dekat Bapa Sendiri”

image is not available

Source: