“Kitaorang Tak Tinggalkan Dia Pun..” – Peguam ‘Upload’ Foto Bersama, Tayang Keakraban Dengan Siti Bainun

20 Jan 2023 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari yang lalu, kita dimaklumkan dengan satu berita mengenai kesemua peguam bela Siti Bainun menarik diri dalam kes mengabai serta mendera remaja istimewa, Bella.

Susulan berita tersebut tersebar, peguam Nurul Hafidzah Hassan telah tampil memberi penjelasan sebab menarik diri dan kini, melalui platform Facebook, seorang peguam lain bernama Asiah Abd Jalil pula memberi penjelasan.

Menurutnya di hantaran tersebut, biarpun sudah tidak menjadi peguam kepada pemilik Rumah Bonda itu, dia sama sekali tidak akan meninggalkan Siti Bainun begitu saja.

Malah, peguam bernama Asiah itu menafikan bahawa dia meminggirkan Siti Bainun, sebaliknya sebab menarik diri kerana berlaku pertindihan tarikh mahkamah.

News tulis berita macam kitaorang dah abadon Bainun terus. Kalau tak bertindah, kitaorang happy aje nak terus mewakili Bainun.

Sekadar info, pada 24 November tahun lalu, wanita bernama Siti Bainun telah diperintahkan untuk membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan remaja down sindrom hingga mengakibat gadis terbabit mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

image is not available 4 hari lalu

"Dulu Menari Sakan.." - 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Kes Penderaan Adik Bella