KJ Kekal Menteri Kesihatan Jika BN Menang PRU-15 - PM

Politics
8 Oct 2022 • 9:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri (empat dari kiri) dan Khairy bersama remaja yang mengayuh basikal sempena kempen Malaysia Sejahtera ketika melawat pameran pada Program Jelajah Aspirasi Keluarga Media (JAKM) peringkat Negeri Sembilan di Dataran Sri Jempol hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kekal sebagai Menteri Kesihatan, sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, janji itu akan dikotakan sekiranya beliau sendiri masih dilantik mengetuai kerajaan.

Ismail Sabri dilaporkan berkata demikian ketika menghadiri Majlis Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Jempol, Negeri Sembilan di sini, hari ini yang turut dihadiri Khairy.

“Di Negeri Sembilan, kesan daripada prestasi Khairy menjadi Menteri Kesihatan, kerajaan meluluskan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek, Nilai dengan peruntukan RM600 juta.

“Kehilangan Khairy adalah kerugian kerana jika orang lain mendapat portfolio itu, projek terbabit mungkin akan dibatalkan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dinamakan sebagai calon Perdana Menteri parti itu pada PRU-15.

Bagaimanapun, kepimpinan parti itu dilaporkan mendesak beliau untuk mengadakan pilihan raya awal, sebelum tempoh penggal Parlimen tamat pada Julai tahun depan. – The Vibes, 8 Oktober 2022