
KJ Menang Anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Popular dalam anugerah berprestij malam ini, lapor Astro Awani.
Bekas Menteri Kesihatan itu berjaya mendapat undian tertinggi dan mengalahkan calon-calon lain yang terdiri daripada DJ terkenal tanah air, Haiza, DJ Sonic, Tyzo dan Sharifah Shahira.
Terdahulu, KJ mengesahkan pencalonannya dalam anugerah tersebut menerusi perkongsian di laman TikTok peribadinya.
Sumber: Astro Awani, Khairy KJ
The post KJ Menang Anugerah Penyampai Radio Popular appeared first on Siakap Keli.

