Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

LocalEntertainment
12 Oct 2024 • 12:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

Penyanyi, Nurul Aina Abdul Ghani atau nama pentasnya Aina Abdul menerima anugerah Bintang Paling Popular dalam satu anugerah berprestij malam ini, lapor Astro Gempak.

Dengan jumlah undian melebihi lapan juta, penyanyi tersebut membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah. Kemenangan tersebut disifatkan sebagai hadiah istimewa buat dirinya setelah 10 tahun berkecimpung dalam kerjaya nyanyian.

“Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.

“Satu pesanan saya, jangan putus asa, percayalah pada Allah SWT,” ucapnya.

Tidak seperti sebelum ini, penyanyi berusia 30 tahun itu tampil ayu dengan kebarung moden di atas pentas dengan pakaian yang sederhana. Penampilan itu bagi menghormati permintaan ibunya.

“Tahun ini ibu minta saya pakai baju lebih sopan dan sederhana. Saya mahu semuanya kelihatan tenang, tidak keterlaluan agar ramai orang sayang.

“Ibu tidak mahu saya dikecam hebat seperti tahun lepas kerana fesyen yang saya bawakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beberapa nama turut memberi kejutan, antaranya kumpulan pelawak veteran, Senario yang menerima anugerah Artis Komedi Popular setelah lama menyepi dari pentas tersebut.

Pelakon, Rita Rudaini turut menerima penghormatan menjulang trofi apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Aktres Pembantu TV Popular.

Sumber: Astro Gempak (1) (2)