KJ Nak Berhentikan Orang Hisap Rokok, Ini Reaksi ‘Win’ Daripada Rosyam Nor!

1 Aug 2022 • 2:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Rosyam Nor

Negara tanpa rokok atau bebas rokok! Nampaknya, itulah matlamat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam membentuk masa depan negara tanpa rokok. 

Bahkan, menteri itu juga cukup tegas untuk melahirkan generasi yang tidak lagi mengenali apakah rokok serta produk yang berkaitan dengannya. 

Bagi mencapai matlamat itu, KKM sedang dalam proses mendapat kelulusan bagi menguatkuasakan Rang Undang Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Kenyataan Khairy telah meraih perhatian produser dan pelakon bergelar usahawan, Datuk Rosyam Nor yang juga seorang perokok tegar. Rosyam dengan serius dan lantangnya telah membalas kenyataan itu menerusi sebuah hantaran Instagram.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Ni, aku nak cakap dengan YB Khairy yang kata nak berhentikan orang yang hisap rokok dan budak-budak yang lahir pada 2007 lepas ni jangan merokok. Dan siapa-siapa yang merokok macam aku pulak ni kena berhenti merokok,” katanya dengan tegas. 

Awalnya ramai yang menyangka Rosyam akan menyelar kenyataan Khairy itu. Tapi, rupa-rupanya, beliau menyokong kenyataan menteri tersebut.

“Kalau YB Khairy nak tukar rang undang-undang ni aku sokong 100 peratus. Bahkan 300 peratus. Sebab aku dah hisap rokok sejak umur aku 18 tahun lagi. Dah banyak duit aku habis. 

“Sekarang umur aku 55 tahun. Nak naik tangga pun semput. Aku sokonglah nak tukar rang undang-undang supaya orang Malaysia semua sihat. 

“Khairy buat benda ni pun untuk kebaikan. Aku harap semua orang sokonglah. Benda baik, kan? Jangan sampai aku mengamuklah. 

“Apa pun, kalau tengok hijau kat belakang ni, hijau inilah yang patut ada dalam badan kita,” katanya. 

Menurut Rosyam lagi, andai Khairy menyediakan insentif untuk orang berhenti merokok, dia terlebih dahulu akan mendaftar. 

“Aku akan masuk dan aku nak berhenti. Dan, korang budak-budak yang lahir pada 2007, ini benda yang baik. Mak bapak kena sokong. Rakyat Malaysia kena sokong,” katanya lagi. – Getaran, 1 Ogos 2022