KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil sebagai KJ meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan kerana dikatakan masih ‘berlembut’ dengan Indonesia berhubung situasi jerebu yang berlarutan sehingga kini (15 Oktober).

KJ menerusi podcast Keluar Sekejap yang membincangkan mengenai Belanjawan 2027 turut mengulas sedikit tentang keadaan jerebu dan asap beracun yang mengundang bahaya kepada masyarakat di negara ini.

‘Saya Faham Diplomasi Penting, Tapi Malaysia Terlalu Lembut Dengan Indonesia’ – KJ

Jelasnya, walaupun Malaysia mempunyai hubungan diplomasi bersama negara jiran tersebut, namun KJ berpendapat kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam mengambil tindakan.

“Saya faham diplomasi itu penting, tetapi saya nampak macam kita terlalu lembutlah dengan Indonesia. Saya tak pasti kalau sama ada kita lebih tegas akan beri perbezaaan atau tidak.

“Tetapi dari segi maruah dan jati diri negara kita, saya rasa.. (perumpamaan) bila seseorang cekik, kita tak biarkan orang tu berterusan cekik kita. Kau sekurang-kurangnya kena tolak tangan atau serang balik.

“Saya rasa benda tu (pendirian) langsung tak ada,” katanya.

‘Sangat Kecewa Kerajaan Malaysia’ – KJ

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan kekecewaannya terhadap kerajaan yang didakwa tidak mengambil langkah proaktif demi melindungi rakyat Malaysia yang terjejas akibat jerebu.

“Saya sangat kecewa dengan kerajaan sebab tak sanggup untuk pertahankan kita (rakyat Malaysia). Sudah tentu kita tahu Indonesia ni negara yang sangat tidak cekap. Memang tak reti buat kerja.

“Tak ada kemampuan dan tak ada keupayaan langsung. Saya dah cakap panjang tentang ketidakcekapan kerajaan Indonesia sebelum ni.”

‘Indonesia Tak Cekap & Bukan Negara Yang Serius’ – KJ

Malah dalam podcast sama, KJ yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut mengecam Indonesia kerana ketidakcekapan dan didakwa tidak serius dalam mengendali isu jerebu yang sudah menggugat kesejahteraan negara ASEAN lain.

“Tengok sahaja kenyataan dari mereka. Indonesia bukan sebuah negara yang serius. Saya minta maaf, tapi bila bercakap tentang isu ini, Indonesia tidak serius.

“Kau boleh cakap kau ada banyak unicorn (syarikat yang berjaya), atau ramai menteri berpendidikan sambung belajar di Universiti Harvard, tetapi Indonesia bukan negara yang serius.

“Kerajaan kita pun (cakap), ‘Okay, tak apa. Saya (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah cakap dengan Prabowo (Presiden Indonesia). Saya dah minta Menteri Luar pergi cakap dengan Indonesia’. Ni maruah kita ni. Dah dua bulan dah (jerebu berlarutan),” tambahnya.

View this post on Instagram

A post shared by Keluar Sekejap (@keluar.sekejap)

KJ Sarankan Kerajaan Ambil Tindakan Ke Atas Syarikat Malaysia Yang Terlibat Dalam Kebakaran Hutan & Tanah Di Malaysia

Mengulas lanjut, KJ berkata langkah yang perlu diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan undang-undang Jerebu Rentas Sempadan (Transboundary Haze Legislation).

Undang-undang ini membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat perladangan di Malaysia yang terbukti terlibat dalam kebakaran hutan dan kawasan tanah di Indonesia.

‘Apa Fungsi ASEAN Kalau Tak Ada Mekanisme Untuk Tangani Jerebu?’ – Shahril Hamdan

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan iaitu host kepada podcast itu berkata keadaan jerebu ini membuktikan kelemahan ASEAN dalam mengambil tindakan bagi membendung situasi tersebut.

“Bila Indonesia macam tak ada ambil port (tindakan). Kita pun tak ada apa-apa mekanisme untuk tegur Ia bergantung kepada seorang Perdana Menteri dan saluran-saluran tertentu.

“Katanya Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ada tawar (kerajaan Indonesia) untuk bantu tapi tak ada jawapan.

“Jadi apa fungsi sesebuah entititi macam ASEAN ni kalau benda yang rakyat Malaysia dan Singapura hadapi, ya dengan Indonesia sekali tapi Malaysia dengan Singapura yang nak buat aduan dengan negara jiran. Namun tidak ada mekanisme?” soalnya.

Tonton video penuh di bawah:

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Masih Berupaya Tanganinya” – Indonesia Tak Akan Isytihar Kebakaran Hutan Sebagai Bencana Nasional Buat Masa Ini

Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved