![“Boleh Tak Tolong Kami?” – Cadangan Syed Saddiq Tentang Cara Tangani Jerebu Raih Perhatian Baim Wong & Warga Indo [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jerebu-indonesia.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat 13 Oktober lalu telah mengulas mengenai langkah yang boleh diambil kerajaan bagi membendung situasi jerebu yang tidak berkesudahan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Syed Saddiq Gesa Rakyat Boikot Syarikat Yang Berkait Dengan Kebakaran Hutan Di Indonesia
Menerusi cadangannya, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk memboikot syarikat yang terlibat secara langsung dengan pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Menurut Syed Saddiq, itu juga merupakan pendekatan diambil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berdepan pertikaian dengan United Kingdom sebelum ini.
Tegasnya, tindakan menggerakkan kuasa pengguna perlu menjadi sebahagian daripada usaha menekan syarikat yang mengutamakan keuntungan sehingga menjejaskan kesihatan, ekonomi dan pendidikan jutaan penduduk.
Pada 2 Oktober 1981, Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar ‘Buy British Last’ yang sekaligus menjadikan barangan dan perkhidmatan Britain sebagai pilihan terakhir kerajaan Malaysia.
‘Kalau Kita Jaga Persekitaran Tapi Negara Masih Jiran Bakar Hutan, Hancur Juga’ – Syed Saddiq
Dalam perbahasan itu lagi, Syed Saddiq yang juga bekas Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut menegaskan bahawa isu jerebu ini bukanlah perkara kecil kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah pendidikan anak-anak di Malaysia.
“Saya nak yakinkan orang Muar pun contoh, ‘Ohh kita kena peduli tentang persekitaran kita. Nak ikut pun buat apa? Saya ikut (peduli pasal alam sekitar pun) negara jiran boleh bakar satu hutan saiz negeri hancur juga.’ Saya juga yang sakit.
“Kalau tidak ada tindakan yang tegas, percayalah isu ini akan berterusan tidak kira siapa pun Perdana Menteri atau kerajaan. Kita perlu tahu jerebu ini bukan lagi isu kecil.
“Anak-anak kita sampai tak boleh pergi sekolah. Sekolah tutup, ini bukan perkara kecil. Kerana jerebu teruk dari negara jiran, anak-anak kita tidak dapat pendidikan yang patut mereka terima,” katanya.
Sekolah Akan Ditutup Apabila Bacaan IPU Lebih 200
Sejak 9 Oktober lalu, semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 ditutup dan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) secara atas talian.
Namun semalam (14 Oktober), KPM telah memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK). Dengan ini, aktiviti di luar bilik darjah akan ditangguhkan apabila bacaan IPU melebihi 100 dan sekolah pula akan ditutup apabila bacaan IPU melebihi 200.
Baca Artikel Berkaitan: Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober
Dalam masa sama, beliau juga memberikan beberapa cadangan lain seperti:
- Hantar surat diplomatik pembantahan Malaysia, ASEAN dan negara jiran yang terkesan daripada kebakaran hutan serta tanah di Indonesia
- Malaysia dan Singapura perlu sekat modal-modal besar yang dilaburkan pada syarikat yang terkait dengan kebakaran hutan di Indonesia dan tidak boleh lagi mengakses modal pasaran dari Malaysia
@ssparlimenmuar @Syed Saddiq membangkitkan isu jerebu yang semakin teruk Tindakan tegas wajib diambil kepada pihak berkenaan #syedsaddiq #jerebu #bellaastillah #parlimen #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – MUSIC BOOSTED
Tonton video penuh [DI SINI].
Baim Wong Setuju Pandangan Syed Saddiq, Gesa Indonesia Fokus Selesaikan Masalah Jerebu Terutamanya Di Kalimantan
Pembentangan Syed Saddiq di Parlimen bukan sahaja mendapat tumpuan rakyat Malaysia malah ramai juga warga Indonesia di laman Threads yang memuji serta menyahut cadangan dilontarkan beliau.
Ini termasuklah pelakon terkenal dan usahawan Baim Wong.
“Saya setuju. Negara (Indonesia) harus tahu apa yang perlu difokuskan. Banyak yang kerja sebagai pemerintah. Pembahagiannya banyak. Tak perlu hanya seorang yang fokus selesaikan satu pekerjaan (bagi menangani masalah jerebu).
“Hantar delegasi ke Kalimantan. Fokus di sana sampai selesai. Negara tak akan rugi, nama baik negara pun sedang dipertaruhkan,” katanya dalam satu tangkap layar dari Instagram yang dikongsi.
“Jarang saya bahas politik, tapi saya harus bersuara kerana peduli dengan negara ini (Indonesia),” tambahnya di Threads.
View on Threads
Orang Indonesia Mohon Syed Saddiq Bantu Tangani Jerebu, Sudah Penat Lihat Kerajaan Sendiri
Seorang wanita Indonesia juga berkata dia menghormati Syed Saddiq dan menganggap bahawa cadangan yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat adalah rasional.
“Tuan Syed Saddiq, saya sebagai orang Indonesia sangat setuju dengan langkah-langkah yang diberikan. Straight to point dan rasional.
“Hormat dari Indonesia untukmu Syed Saddiq. Pak (Malaysia), nak pinjam Syed Saddiq kejap untuk tolong kita di sini (Indonesia). Rakyat Indo sudah penat lihat kerajaan kita ni,” kata seorang wanita dari Indonesia.
View on Threads
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Indo Saman Kerajaan Indonesia, Didakwa ‘Cuai Besar’ Tangani Jerebu Setiap Tahun




![KJ Sifatkan Indonesia Tidak Serius Tangani Jerebu, Kecewa Kerajaan Malaysia ‘Berlembut’ Dengan Negara Jiran [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jerebu-2.jpg?t=1792064896)
