KJ sudah ada jawapan tawaran Muhyiddin

Politics
21 Jun 2023 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar dari kiri: Khairy, Muhyiddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sudah mempunyai jawapan berhubung pelawaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut.

Bercakap ketika podcast 'Keluar Sekejap', bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin.

"Saya berhutang jawapan dengan Muhyiddin berhubung tawaran keahlian parti Bersatu dan peluang untuk terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Saya telah jumpa dan beri pandangan saya tetapi beliau minta saya fikir lagi.

"Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah," ujarnya.

Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut menjelaskan bahawa beliau memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Saya minta beliau sedikit masa, Dewan Undangan Negeri (DUN) pun belum bubar jadi ada masa untuk apa-apa berlaku," katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved