KKD berusaha pasang Starlink di kawasan capaian internet lemah

9 Sep 2023 • 12:08 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan berusaha melaksanakan pemasangan peranti satelit Starlink di kawasan yang mempunyai capaian Internet lemah.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman Facebook menzahirkan kegembiraan melihat reaksi penduduk Kampung Langsat di Ranau, Sabah yang menerima baik pemasangan peranti itu.

"Alhamdulillah, saya akan berbincanag dengan pihak MCMC untuk pemasangan Starlink di kawasan yang lain pula," katanya.

MCMC memasang peranti satelit Starlink di Surau An-Nur di kampung itu kerana terletak kira-kira 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Kampung Langsat.

Pemasangan itu juga dapat memanfaatkan lebih 500 penduduk kampung berkenaan. - 8 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved